`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 7, 2015

Dana Mangsa Banjir Kena Songlap - Ahli Wanita UMNO Kelantan Disiasat.

Anak buah mak lembu ke apa?
Dana untuk mangsa banjir pun kena songlap. Ini betul-betul kaki pecah amanah. Punya takde intergriti sampaikan hak orang susah pun depa merembat. Takde ahti perut sungguh.
Tadi baca TMI ;
Seorang ahli Wanita Umno Kelantan hari ini dipanggil bagi sesi soal siasat dengan pihak berkuasa anti-rasuah, berhubung dakwaan menyalahguna dana diperuntukkan untuk mangsa banjir negeri itu oleh agensi kerajaan.
Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi yang terlibat adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan seliaan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal Islam.
Ahli Wanita Umno itu dipercayai menjawat jawatan tinggi dalam agensi berkenaan dan kenyataannya direkodkan pada petang Isnin oleh SPRM, kata sumber.
 Sesi soal siasat hari ini yang dijalankan di Shah Alam, adalah kali kedua untuknya. Ahli Wanita Umno itu dilihat tiba pada jam 10.50 pagi ditemani seorang lelaki. 
Difahamkan siasatan SPRM dilakukan berhubung dakwaan salah guna dana jutaan ringgit, salah guna kuasa dan pecah amanah.
SPRM turut dijangka menyoal siasat saudara-mara wanita itu termasuk pegawai kanan Yapeim bagi membantu siasatan.
Selain dakwaan membabitkan dana mangsa banjir Kelantan, SPRM juga melihat kebarangkalian salah guna kuasa membabitkan dana Yapeim untuk rumah di negeri itu.
Banjir Kelantan berlaku pada Disember tahun lalu merupakan antara yang terburuk dalam sejarah, menyaksikan 200,000 mangsa dipindahkan.

Gila kau.

Menjawat jawatan tertinggi. Bukan tak cukup makan. Terlebih2 makan pun nak songlap juga? Dah la kerja dengan YAPEIM. Slumber haram songlap duit untuk mangsa banjir. Mangsa banjir dah la sampai ke hari neh bukan semuanya menerima rumah baru ataupun terlibat dalam proses pemindahan (disebabkan rumah tak siap lagi). Siap orang risau2 mungkin akan berlaku musibah banjir lagi. Lahanat sungguh la puak2 UMNO. Perangai macam celaka!

UMNO dengan penyangak, perompak, pencuri, perasuah, pengsonglap memang tak dapat dipisahkan. Like boss like penyokong. Boss kawtim 2.6b. Takan ahli tak boleh sapu sikit-sikit kot.



KAH KAH KAH

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

    Untuk pengetahuan para pembaca sekalian,

    Ahli
    Wanita Umno Kelantan yang terlibat itu merupakan Ahli Veteran UMNO. Bak
    kata pepatah untuk umur Ahli Wanita Veteran UMNO itu: "Rumah Kata
    Pergi, Kubur Cakap Mari."

    Ahli Wanita Umno Kelantan yang terlibat
    itu ialah Datuk Hajjah Zaleha Hussin yang merupakan salah seorang Ahli
    Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM. YAPEIM ialah singkatan kepada Yayasan
    Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia salah satu Institusi di bawah Jabatan
    Perdana Menteri yang diketuai Menteri Agama iaitu Dato Seri Jamil Khir.

    YAPEIM
    mendapat dana untuk perjalanan urusan perniagaannya melalui Skim
    Potongan Gaji Amal Jariah pekerja-pekerja kerajaan mahupun swasta di
    Malaysia.

    Yang paling ramai membuat sumbangan melalui potongan
    gaji secara bulanan kepada YAPEIM terdiri daripada anggota-anggota
    Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga pendidik iaitu guru atau cikgu
    istilahnya.

    Pejabat operasi YAPEIM terletak di Jalan Kampung
    Attap, Kuala Lumpur. YAPEIM akan menghantar warga pekerjanya dari
    Jabatan Amal Jariah ke sekolah-sekolah, pejabat-pejabat agensi kerajaan,
    suaru-surau, masjid-masjid dan sebagainya untuk merayu dan memujuk
    masyarakat awam untk menderma setiap bulanan secara tetap dan berterusan
    melalui potongan gaji mereka dengan mengisi borang Skim Amal Jariah
    YAPEIM.

    Paling minimum untuk jumlah potongan ialah RM10.00. YAPIEM
    mendapat JUTAAN RINGGIT MALAYSIA setiap bulan dari hasil duit potongan
    gaji mereka yang sudi menderma.

    Setiap bulan YAPEIM mendapat JUTAAN RINGGIT MALAYSIA !!! Bukan setahun tetapi BULAN-BULAN !!!!

    Yang
    peliknya 'nama YAPEIM' ini sangat-sangat tidak DIKENALI atau untuk
    didengari oleh halwa telinga masyarakat Umat Islam di Malaysia.
    Seolah-olah YAPEIM tidak wujud langsung di Malaysia mahupun di dalam
    Jabatan Perdana Menteri.

    Ya. Memang nama YAPEIM ini langsung tidak dikenali langsung.

    YAPEIM
    mengambil tindakan untuk 'Low Profile' untuk mengaut keuntungan JUTAAN
    RINGGIT setiap untuk memuaskan nafsu serakah Zaleha Hussin selaku Ahli
    Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Presiden YAPEIM, Ketua Pengarah berserta
    Pegawai-Pegawai YAPEIM yang tamak haloba.

    Sangat-sangat kesian
    kepada anggota tentera-tentera, cikgu-cikgu serta warga pekerja yang
    ikhlas menderma setiap bulanan secara tetap.

    Gaji bulanan yang
    diterima dari hasil kutipan duit derma Ahli Lembaga Pemegang Amanah
    YaPEIM, Presiden YAPEIM, Ketua Pengarah berserta Pegawai-Pegawai YAPEIM
    yang tamak haloba itu ialah RM 30,000.00. Belum termasuk elaun
    lain-lain.

    Apakah hukumnya memakan duit derma rakyat untuk YAPEIM salurkan dan bantu kepada Usahawan-usahawan Malaysia yang memerlukan?

    Kereta-kereta
    pejabat yang dinaiki penyamun-penyamun tersebut ialah Mazda 6. Terkini
    mereka menyewa ruang pejabat di Hotel Grand Seasons Avenue, Jalan
    Kampung Baru, Kuala Lumpur. Pejabat di Jalan Kampung Attap terbiar rosak
    disebabkan pegawai yang diamanahkan untuk membaikpulih bangunan YAPEIM
    pecah amanah. Pegawai yang terlibat itu juga merupakan anak kandung
    kepada Zaleha Hussin iaitu Ahli Veteran Wanita UMNO yang bersalah itu.

    Satu
    seruan kepada masyarakat Malaysia yang ada membuat potongan gaji untuk
    derma YAPEIM, eloklah Tuan-Tuan dan Puan-Puan membuat surat membatalkan
    potongan gaji Tuan-Tuan dan Puan-Puan itu kepada YAPEIM.

    Cubalah bayangkan dan fikir-fikirkan,

    Hasil
    berjuta-juta ringgit setiap bulan diterima YAPEIM tetapi tiada hasil
    untuk Umat Islam Malaysia. Kita pun tak pernah di kaca-kaca TV, Surat
    Khabar, media Sosial mengenai YAPEIM membuat sumbangan amal jariah
    seperti Beras Faiza, Yayasan Bukhari, Pusat Zakat dan lain-lain yang
    biasa dengar.

    Akhirnya habis di'makan' oleh Datuk Hajjah Zaleha
    Hussin Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Presiden YAPEIM, Ketua
    Pengarah berserta Pegawai-Pegawai YAPEIM yang tamak haloba itu.

    http://yapeim.net.my/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.