`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 7, 2015

DYMM Raja Raja Melayu : 1MDB mengakibatkan i. berlakunya krisis keyakinan ii. antara sebab kejatuhan Ringgit iii. impak negatif pasaran kewangan iv. impak negatif iklim ekonomi v. jejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia vi. menjejaskan keadaan ekonomi negara vii. memudaratkan kehidupan rakyat viii. berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam ix. serta keselamatan negara


 
 Penyimpan Mohor Raja-Raja
Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapatdiyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan i. berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi ii. kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi iii. impak negatif ke 

atas pasaran kewangan dan iv. iklim ekonomi negara dan sekali gus telah v. menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."

Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi vi. menjejaskan keadaan ekonomi negara dan vii. memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula viii. menjejaskan ketenteraman awam serta ix. keselamatan negara.

"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.
"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.

Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.

Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA


My comments : I am not going to comment on the 'antara kaum' part because in my view the country has matured substantially in that area.  The only people playing up the perkauman issues are the thieves and the criminals who are trying to cover their tracks and justifying their thieving behaviour.

The following points raised by the DYMM Raja-Raja Melayu are very relevant (in my view):

 1.  menyelesaikan secepat mungkin siasatan ..1MDB  - surely the Raja-Raja raised this issue because the siasatan about the 1MDB is now almost dead. The Task Force is dead. The PAC investigation is dead.    And how can the Task force involve people who are also involved with 1MDB? Isnt that an obvious conflict of the crooks ? 

Here is a general question : can a friend of a thief investigate the thief? 

2.   mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

For the first time in the history of Malaysia, and in the history of the Guinness Book of Records, the investigators into the 1MDB were arrested

For the first time in the history of Malaysia and the history of the Guinnes Book of Recordsthe whistleblowers of the greatest financial scandal in history were also  arrested. 

The  pihak-pihak yang terlibat  were not arrested. They got away scot free. 

Two are believed to be hiding in Indonesia, the Kway Teow seller is believed to be hiding in Taiwan, one girl whose face appeared on a Wanted Poster issued by Bank Negara is living in an RM20 Million super condo on East 22nd Street in New York. 

These are the pihak-pihak yang terlibat  (among many, many others) who all got away scot free who are the subject of that comment by the DYMM Raja-Raja Melayu.

3.  The DYMM Raja-Raja say :  "semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur "

This is because so far there has been an enormous amount of lying, cheating and "ops kabberup" by too many crooks.  That Open Letter by Dato Abdul Hamid Bador addresses this issue quite concisely.

4.   Then the DYMM Raja-Raja say :  "badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti."

Soalannya kenapa pula DYMM Raja-Raja tidak menyebut Jabatan Bomba, Jabatan Kaji Cuaca, Jabatan Pertanian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat? 

Kenapa titah DYMM Raja-Raja khusus ditujukan kepada PDRM, SPRM, BNM, Jabatan Peguam Negara, Badan Kehakiman and the institusi berkaitan (like pejabat KSN) and so on? Sebab jabatan inilah  yang terlibat secara langsung menangani skandal 1MDB. These are the jabatan that are directly involved with the 1MDB investigations.

Soalannya because the Police, SPRM, BNM, AG, badan kehakiman, KSN etc HAVE BEEN compromised or because they have NOT been compromised?  

So please ketuk kepala tanya otak ok. Kalau ada otak. Kalau tak ada otak tak apa lah. Nak buat macam mana kalau tak ada otak? 

I mean if the  Police, SPRM, BNM, AG, badan kehakiman, KSN etc have NOT been compromised   then why should the DYMM Raja-Raja say  :

"..badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti."

The way I understand this titah DYMM Raja-Raja it means that the Police, SPRM, BNM, AG, badan kehakiman, KSN etc have lost their ketelusan, they have lost their kredibiliti and they have lost their integriti. 

Jabatan lain seperti Jabatan Bomba, Jabatan Kaji Cuaca, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak ada masalah. That is why the DYMM Raja-Raja Melayu did not mention them.

This titah di Raja by the Majlis Raja-Raja is unprecedented. For the first time the counsel of the DYMM Majlis Raja-Raja Melayu has been devoted almost exclusively towards a financial scandal involving the Prime Minister of Malaysia.

This is also the first time the Prime Minister is implicated in a criminal investigation by the FBI.  What a shame. 

Malu. 

Conclusion : If anyone who questions this 1MDB scandal is deemed an "Enemy of the State" then is the list getting longer ? 

The vast majority of decent people know that the PM is involved beyond his neck in this scandal.  
  • How he got that RM2.6 Billion into his personal account has not been explained.
  • Where that RM2.6 Billion has gone to now has also NOT been explained.
  • Is it parked in any of those accounts that have been frozen in Singapore, Switzerland etc? We dont know.
  • How did the PM's wife, who complained that she had to ask her husband for money to pay her hairdresser RM1200 for a hairdo, end up with RM2.0 million in just one of her accounts is also not explained.

It appears that the DYMM Raja-Raja Melayu are also having serious doubts about these same questions. The list is getting longer indeed.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.