`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 7, 2015

Ibu Dipaksa Melutut Kerana Tidak Mampu Belikan Iphone.

Sumber sebaran Era FM.

Cari sumber asal, VIRAL NOVA tak jumpa pula.

Dilaporkan oleh ERA FM ;

Wanita ini merupakan orang kurang upaya, tetapi baginya tiada apa yang mustahil asalkan anaknya ada bersamanya. Dia akan bagi apa sahaja yang anaknya inginkan selagi mampu. Tanpa ibu bapa, kita bukanlah sesiapa dan kita tak akan ada pun di dunia ini. 

Mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita menjadi siapa kita pada hari ini. Walaupun kita sudah berkahwin mereka masih sedia membantu dan melindungi kita. Apa yang mereka mahukan sebagai ganjaran? Tak ada apa selain disayangi dan dihormati.

Walau pun ibu bapa menyayangi kita lebih dari apa pun di dunia ini, mereka tidak mampu beri kita segalanya. Wanita ini tidak mampu untuk membelikan anaknya iPhone dan apa yang anaknya lakukan adalah membiarkan ibunya melutut meminta maaf.

Anaknya yang baru berusia 15 tahun ini nampaknya tidak sedikit pun berasa bersalah apabila diperhatikan oleh orang ramai malah terus memarahi dan menengking ibunya. Wanita ini menangis namun anaknya tidak berganjak sedikit pun.

Gadis ini sepatutnya membantu ibunya bangun tetapi dibiarkan ibunya dalam keadaan yang memalukan. Hanya kerana iPhone sanggup memperlakukan ibunya begitu. 


Gambar sebaran mereka ;



--------------------

Aku bukan apa. Kadang2 cerita macam neh tak tentu sahih. Sebar punya sebar last-last fitnah. 

Maki punya maki, hamun beria-ria sekali tersalah sangka.

Bukan sekali dua kot. Walaupun ada penyebaran cerita2 tue sahih tetapi yang fitnah pun banyak juga. Tu yang jadi tak syok tu. Sekadar baca boleh la. Nak percaya kena fikir banyak kali wooo. 

Tapi tengok situasi gambar, even bukan mak kau pun jadahnya kau suruh orang melutut tengah2 jalan. Bukan sahaja menganggu orang nak berjalan2 kat situ bahkan sengaja mencipta drama pula. Macam nak raih perhatian je. Shooting drama ke apa dorang neh?

Huhu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.