`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 2, 2015

KHUTBAH: DAP JANGAN CAMPUR URUSAN MUFTI, KATA PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man
(Agenda Daily) – PAS menggesa agar DAP tidak campur tangan dalam urusan jabatan mufti bersabit teks khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), bulan lalu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang enggan tunduk dengan ugutan DAP agar pihaknya meminta maaf.
“Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam.
“PAS mempunyai pengalaman bersama dengan DAP, (PAS) sangat memahami bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan dan amalan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 26 September lalu DAP Pahang menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha yang mendakwa mereka menentang Islam.
Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha dikeluarkan Jaip itu, umat Islam dinasihati bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu.
Dalam pada itu, PAS menggesa seluruh institusi agama Islam turut berperanan menentang sebarang kemungkaran yang turut dilakukan oleh parti pemerintah.
“Pas gesa DAP tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama dalam pelbagai medium sama ada kuliah, ceramah atau khutbah. Nasihat agar umat Islam bersatu menentang kemungkaran agama dan syariat juga menjadi dasar dan matlamat perjuangan Pas.
“Golongan agamawan juga tidak sepatutnya bersekongkol dengan kemungkaran pemerintah dan tidak terjebak dengan budaya rasis yang cuba dipotret bagi menutup isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya.
Isnin lalu, Abdul Rahman dilaporkan berkata bahawa khutbah itu merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.
“Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.
“Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.