`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 10, 2015

Punca Bekas ADUN Alor Limbat Ditembak Di Kepala Tersebar?

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Marang selepas solat Jumaat tadi, lapor portal Berita Harian Online. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman ketika dihubungi Berita Harian Online mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, bekas Adun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad berkata beliau dimaklumkan isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.

Yahya berkata, kejadian selepas Alias pulang daripada solat Jumaat itu dipercayai berlaku selepas mangsa membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali.

"Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah kemudian membuka pintu sebelum ditembak. 

"Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala, sebelum rebah. Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya seperti dilaporkan Berita Harian Online. 

Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co berkhidmat sebagai Adun Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008.

Dilahirkan di Kampung Alor Limbat, Alias juga pernah menjawat jawatan sebagai timbalan ketua Umno Bahagian Marang dari 2004 hingga 2013 dan Ahli Jawatankuasa Umno Negeri dari 2011 hingga 2013. 


Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri (Timbalan Pendakwaraya/Peguam Kanan Persekutuan) meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.