`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 2, 2016

Rupanya Najib Masih Tak Faham-Faham Isu Sensitif Ini...

Rupanya Najib Masih tak faham-faham isu sensitif ini.  Putrajaya dibidas keras kerana menganggap wang mampu menyelesaikan masalah tanah adat Orang Asal tanpa memahami budaya dan tidak mempedulikan hak mereka.

Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian berkata: “Bagi Orang Asal, tanah adalah nyawa serta bersangkut paut dengan budaya dan maruah mereka.”

Beliau mencemuh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk mengukur sempadan tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.

“Sekiranya beliau benar-benar prihatin dengan tuntutan NCR Orang Asal, beliau akan meneliti keputusan-keputusan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rupanya Najib masih tak faham-faham isu sensitif ini. Baru berkata para hakim telah memutuskan bahawa tanah NCR termasuklah “pemakai menoa” serta “pulau galau” dan bukan “temuda” sahaja, iaitu tanah dengan ukuran sempadan yang lebih kecil dan sedia diukur kerajaan.

“Kawasan yang berada diluar kawasan yang telah diukur akan dikelaskan sebagai sebagai tanah milik kerajaan,” katanya.Menurut Baru, rakyat telah diperdaya untuk percaya mereka akan menerima geran tanah individu. 

“Sebenarnya, kerajaan mahu menukar tanah NCR kepada tanah Bumiputera kegunaan bersama (communal), yang akan dikongsi oleh anggota masyarakat, dan barangkali termasuk mereka yang tidak punyai hak NCR.

”Baru, yang mempertahankan kerusi Ba’Kelalan, menuduh Kerajaan Negeri tidak bersungguh menyelesaikan masalah tanah NCR apabila menolak usahanya menukar takrif NCR dalam Kanun Tanah Negara supaya memasukkan pemakai menoa dan pulau galau.

Rupanya Najib masih tak faham-faham isu sensitif ini. Beliau mencabar calon-calon Dayak BN supaya menyatakan pendirian masing-masing dan mencabar bekas-bekas ADUN Dayak supaya menjelaskan mengapa mereka bersekongkol dengan BN untuk menafikan hak bangsa sendiri keatas tanah yang diwarisi sejak turun temurun.


Beliau berkata sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat, mereka akan menubuhkan sebuah suruhanjaya tanah untuk menyiasat tuntutan rakyat keatas tanah, meminda Kanun Tanah, dan memulangkan tanah NCR kepada pemiliknya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.