`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 26, 2016

Benarlah kata perbilangan, 'the good is for the good, the bad is for the bad'

Pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir serta penggantungan keahlian Shafie Apdal dari UMNO merupakan satu tindakan yang tidak mengejutkan oleh sesebuah parti yang mempunyai kepimpinan yang ‘fakir’ kepimpinannya. Tindakan ini sudah pastinya membawa padah yang tidak baik kepada parti pemerintah itu. Kita tidak menyalahkan UMNO dengan pemecatan bekas Timbalan Presiden serta Bekas Menteri Besar Kedah itu kerana itulah cara kepimpinan yang bobrok mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak berserta dengan perlakuan buruk kepimpinan parti pemerintah itu.

UMNO yang begitu baik partinya sudah tidak lagi mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah dan parti itu akan sukar untuk mendapatkn penghormatan dari rakyat kerana parti itu kini sedang di tunjangi oleh pemimpin yang tidak ‘semenggah’ dan telah ,melakukan perkara dan tindakan yang begitu memburukkan negara dalam erti kata yang sebenarnya. Pemimpin yang bobrok seperti sekarang inilah yang akan menjadikan parti yang begitu disegani suatu ketika dahulu sebagai parti ‘haprak’ dan tidak mampu untuk mengendalikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam hal mentadbir negara ini.

PM Najib yang sedang menghadapi berbagai-bagai masalah dalam banyak isu kepimpinan dan moral kepimpinannya telah menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa dan beliau tidak akan menjadi pemimpin yang disegani lagi oleh pimpinan negara-negara didunia ini terutamanya kepada kepimpinan negara yang maju.

Seluruh dunia memandang Najib sebagai pemimpin yang tidak mempunyai moral untuk memimpin sebuah negara demokrasi kerana beliau tidak berdaya untuk menerima budaya demokrasi itu. Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin tidak sehaluan dengan Najib kerana Najib tidak mengindahkan moral dalam kepimpinan beliau. Isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan amat menyakitkan ramai rakyat dan sekarang beliau hanya boleh melakukan tindakan-tindakan yang diluar budaya demokrasi yang tulin.

Najib dan kroninya menyalahkan pembangkang dan semua yang tidak bersetuju dengan beliau dalam hal perpecahan dikalangan rakyat yang sangat serius ini. ‘There must be a cause for a cause’ kata setengah orang bijak pandai. Najiblah yang melakukan perpecahan ini kerana dibawah kepimpinannya terlalu banyak perkara dan insiden-insiden yang terlalu buruk yang tidak boleh diterima oleh rakyat ramai.

UMNO tidak mampu lagi menonjolkan kepimpinan yang baik dan bermoral untuk negara dan parti yang begitu besar  jasanya kepada negara telah dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral yang menyebabkan UMNO itu sudah tidak dihormati lagi oleh rakyat. Kalau ada pun sokongannya, sokongan itu datangnya dari mereka yang takut dan telah menjadi alat kepada budaya buruk untuk negara itu.

Seluruh dunia sedang memerhatikan kepimpinan Najib dan seluruh media didunia ini tidak memberikan penghormatan kepada Najib lagi. Seluruh dunia memandang Najib dengan begitu jengkel, hanya media dan sisa-sisa kuasa yang ada kepada parti itu yang masih boleh menjadikan parti itu terus berkuasa sekarang ini.

Media antarabangsa tidak dapat melarikan pandangan mereka terhadap pesepsi buruk Najib ini dan wajahnya tersebar didalam media antarabangsa seperti penjenayah dan ini amat memalukan rakyat yang begitu insaf dengan keperluan seorang PM yang berimej bersih untuk memberikan kepimpinan kepada negara kita ini.

Najib boleh memecat sesiapa sahaja tetapi beliau tidak akan berjaya memperbaiki imej beliau sebagai pemimpin yang baik dan jujur lagi. Beliau sudah masuk kategori pemimpin dictator yang tidak boleh bercakap yang benar dan berbeza dengan kehendak beliau. Beliau mahu semua pihak menyokong tindakan kotor beliau dalam isu 1MDB misalnya dan beliau mahu semua pihak memberikan sokongan kepada semua tindakan aib beliau yang lain-lainnya.

Najib mahu semua orang percaya kepada pembohongan beliau yang beliau lakukan walaupun berbohong didalam Parlimen sekali pun. Beliau mahu semua rakyat memberikan sokongan kepada beliau untuk menjahanamkan negara kita ini sampai sudah tidak dapat dikenali lagi. Beliau mahu rakyat menyokong beliau walaupun dibawah kepimpinan beliau semua agensi yang kaya dan mempunyai kewangan yang banyak sudah hampir ketandusan. Sebut sahaja agensi-agensi itu: KWSP, KWAP, Tabung Haji, Felda dan banyak yang lain seperti pemegang amanah raya dan sebagainya. Semuanya terlibat dengan ketirisan yang begitu ketara. Sebut sahaja mana-mana agensi, semuanya dalam keadaan yang amat menakutkan rakyat.

Sesungguhnya rakyat sudah terlalu jemu dengan ‘poorly bred leaders’ yang kini menguasai kerajaan dan kuasa. Kesemua pemimpin yang menguasai kerajaan hari ini tergulung kedalam gulungan yang saya sebutkan ini, Itu sebabnya mereka bermati-matian mempertahankan kepimpinan Najib walaupun beliau nyata tidak mempunyai moral lagi untuk memimpin negara.

Maka benarlah kata perbilangan, ‘the good is for the good and the bad is for the bad’. Kalau tidak masakan kita mendapat kepimpinan seperti yang kita ada pada hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.