`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 25, 2016

Punca Sebenar MT Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz Didedahkan?

Punca Sebenar MT Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz Didedahkan? Dua pemimpin kanan parti dipecat kerana Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertambah yakin kedudukannya selamat, kata penganalisis politik.

Keyakinan Najib itu, mereka percaya, diuja kemenangan dalam pilihan raya Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. “Najib percaya dia kuat. Dia percaya pemecatan mereka tidak akan beri kesan kepada parti.

Punca Sebenar MT Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz Didedahkan? “Sekadar untuk ‘merasmikan’ sahaja. Parti berpecah sejak tahun lepas, dan pemecatan dilakukan sekarang kerana pada Mac lalu Najib tidak berasa yakin,” kata Wong Chin Huat kepada FMT.

Beliau mengulas pemecatan Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menurut Wong boleh menjejaskan Umno.

Dua pemberontak Umno itu, yang secara terang-terangan mengkritik Najib berhubung kontroversi 1MDB, dipecat daripada parti selepas Majlis Tertinggi (MT) memutuskan mereka telah melanggar displin parti, dan mengkritik parti secara kerap.

Punca Sebenar MT Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz Didedahkan? 


Seorang lagi penganalisis, Khoo Kay Pheng sependapat dengan Chin Huat namun baginya pemecatan itu langkah berisiko.

“Najib berasa yakin selepas memenangi dua pilihan raya itu; dalam masa yang sama, politik Melayu paling berpecah ketika ini.

“Pemecatan itu merupakan satu perjudian di pihak Najib,” katanya.

Ditanya mengenai masa depan Muhyiddin dan Mukhriz, Chin Huat berkata pemecatan ini lebih baik berlaku sekarang daripada ditangguhkan kerana mereka kini punyai masa untuk pertimbang langkah seterusnya sebelum pilihan raya umum.

Katanya lagi, mereka boleh sertai pakatan pembangkang atau menubuhkan parti sendiri.

“Bergantung kepada model mereka – samada mereka mahu ‘pulihkan’ Umno atau perjuangkan sesuatu yang berbeza.

“Lagi lama mereka tunggu lagi banyak masa dibazirkan,” kata Wong.

Kay Pheng bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana pakatan pembangkang tidak cukup “menarik” untuk Muhyiddin dan Mukhriz.

Ini kerana mereka punyai sokongan dalam Umno, maka lebih baik mereka membentuk kumpulan tersendiri dan perhatikan jenis sokongan yang boleh diraih dari dalam Umno.

Punca Sebenar MT Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz Didedahkan? 


“Mereka sangat berpengaruh dalam parti. Menarik untuk diperhatikan jenis sokongan macam mana yang akan mereka terima.

“Ini berbeza daripada Deklarasi Rakyat dan apa yang sedang diusahakan oleh Dr Mahathir Mohamed. Kempen untuk menjatuhkan Najib tidak mungkin berjaya; mereka perlu berupaya mengerakkan pemberontakan dalam Umno.”

Sementara itu, Prof Madya Sivamurugan Pandian berpendapat Umno perlu membenarkan Muhyiddin dan Mukhriz merayu pemecatan itu.

Punca Sebenar MT Umno Pecat Muhyiddin, Mukhriz Didedahkan? “Langkah itu akan mengembalikan keyakinan dalam kalangan penyokong mereka.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.