`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 27, 2016

Gani Patail Jawab Tuduhan Semberono Pemuda Umno

Gani Patail Jawab Tuduhan Semberono Pemuda Umno. Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.

Gani Patail Jawab Tuduhan Semberono Pemuda Umno. Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.

Beliau menyatakan demikian menerusi Whatsapp apabila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Gani Patail Jawab Tuduhan Semberono Pemuda Umno


Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia. 

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.


Gani Patail Jawab Tuduhan Semberono Pemuda Umno.  Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas lapor AstroAwani.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.