`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 16, 2017

China bukan contoh terbaik perangi jenayah, kata PKR

surendran-zahid© Provided by MToday News Sdn Bhdsurendran-zahidPETALING JAYA: China bukan negara yang Malaysia perlu contohi dalam usaha memerangi jenayah, kata Ahli Parlimen PKR N Surendran.
Merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, pasukan polis tempatan perlu bijak mencontohi kaedah memerangi jenayah daripada kerajaan komunis, kata Surendran, China tidak menegakkan kedaulatan undang-undang.
“China bukan satu contoh yang layak dipuji untuk negara kita mengagumi atau belajar daripadanya. Ia negara yang tidak menegakkan kedaulatan undang-undang dan mempunyai salah satu rekod hak asasi manusia paling teruk di dunia.
“Nilai dan kaedah kerajaan China bertentangan dengan mana-mana demokrasi yang serius dan dihormati. Ia adalah sebuah negara satu-parti yang tidak mengamalkan demokrasi atau mengadakan pilihan raya,” kata ahli Parlimen Padang Serai itu.
Menegaskan yang Perlembagaan persekutuan Malaysia adalah demokratik dan menjamin hak asasi manusia, seperti kebebasan bersuara, berpersatuan, berhimpun dan agama, Surendran menggesa Putrajaya sebaliknya melihat kepada “negara yang bebas dan demokratik di dunia”.
“Sekiranya TPM dan kerajaan memerlukan contoh, saya menggesa melihat negara yang menghormati dan melindungi hak asasi rakyat mereka.”
Surendran yang juga naib presiden PKR, berkata kaedah kepolisan China lambat laun akan dicemari dengan kekurangan mereka menghormati hak asasi manusia.
“Malaysia tidak boleh dan tidak perlu mencontohi kepolisan negara ini.
“Tahun lepas, dunia menyaksikan satu contoh kepolisan China yang terang dan nyata apabila lebih 280 peguam dan aktivis hak asasi manusia seluruh China ditahan serta disoal siasat. Ramai daripada mereka terus berada dalam tahanan.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.