`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 16, 2017

Majlis bersiram penuh istiadat

MAJLIS Bersiram Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah dilakukan penuh istiadat Diraja Johor di Bukit Bintang, Istana Besar, hari ini.
Pasangan pengantin Diraja itu yang mengenakan Baju Melayu dan Baju Kurung Teluk Belanga biru muda tiba di Istana Besar pada 4 petang sempena Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja.
Tunku Tun Aminah dan suami kemudian bersemayam di peterana Panca Persada setinggi sembilan tingkat yang dibina di puncak Bukit Bintang, Istana Besar.
Majlis Bersiram dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, disusuli istiadat menepung tawar disempurnakan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
MAJLIS Bersiram Tunku Tun Aminah dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah dilakukan penuh istiadat Diraja Johor di Bukit Bintang, Istana Besar, hari ini. FOTO ihsan Royal Press Office© Provided by Media Prima MAJLIS Bersiram Tunku Tun Aminah dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah dilakukan penuh istiadat Diraja Johor di Bukit Bintang, Istana Besar, hari ini. FOTO ihsan Royal Press Office
Berangkat menyaksikan majlis berkenaan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar,Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta paduka-paduka anakanda yang lain.
Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad kemudian turun dari Panca Persada dan meninggalkan Majlis Bersiram pada 4.45 petang, sebelum majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Mufti Johor. -nst

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.