`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 15, 2017

CURI DOMPET, LELAKI LOMPAT WANITA SUJUD KETIKA SOLAT

PASIR MAS ― Seorang lelaki tergamak melompat kumpulan jemaah wanita yang bersujud ketika solat subuh untuk mencuri, kelmarin.
Suspek melompat jemaah di saf kedua, sebelum mencuri dompet dan telefon bimbit milik mangsa, usia 60-an, di hadapan sejadah pada saf pertama, lapor Berita Harian.
Bendahari Masjid Kasar di sini, berkata CCTV menunjukkan suspek berada di ruang solat lelaki sebelum menuju ke ruang wanita apabila jemaah lelaki mula bersolat.
“Berdasarkan rakaman, lelaki yang tidak dikenali pada mulanya nampak seperti bersiap-siap untuk solat Subuh bersama jemaah lain, namun dipercayai pada rakaat pertama dia memasuki ke tempat wanita,” kata Said Kamaruzaman.
Rakaman itu menular di media sosial sejak petang semalam selepas dimuat naik seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid.
Namun, timbalan ketua polis daerah Pasir Mas Supt Ismail Jusoh belum menerima aduan kejadian itu.
– Malay Mail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.