`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 21, 2018

SENTUH ARAHAN MB ‘TERBALIKKAN MEJA’ – BN ‘SERANG’ MAHFUZ

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (AMANAH-Pokok Sena) membidas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menggalakkan unsur ‘samseng’ di kalangan pemuda.
Bertentangan dengan nilai-nilai yang dipromosikan di bawah pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) kerajaan, Mahfuz berkata arahan menteri besar itu kepada ahli-ahli Umno supaya “terbalikkan meja” di “kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan”.
“Saya percaya bahawa tidak ada siapa yang menolak hasrat untuk membentuk budaya bernilai tinggi dan berintegriti, tetapi akir-akhir ini dalam sehari dua ini dia macam bertentangan dengan TN50.
“Contoh apa yang disebut MB Negeri Sembilan yg disertai oleh (Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin yang menghasut anak-anak muda BN supaya terbalikkan meja di kedai kopi
“Saya melihat bahawa ini bertentangan dengan hasrat TN50. Ini menunjukkan bahawa TN50 ini tak lebih dari satu pembohongan kepada masyarakat dan rakyat,” katanya.
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian mencelah dan menyindir tindakan Mahfuz baru-baru ini yang menyertai AMANAH.
“Pokok Sena lompat-lompat tapi tak ada soalan. Hairan, dulu dalam PAS tak buat perangai macam ini,” katanya sambil ketawa.
Susulan itu berlaku pertikaman lidah membabitkan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BN-Papar) dan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) dengan pemimpin pembangkang.
Suasana Dewan Rakyat bertambah gamat apabila Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Said berkata, “Saya jemput Pokok Sena sebab saya ingat sekarang dia lebih beramanah.”
Beliau kemudian mengarahkan semua ahli parlimen agar duduk dan tidak membuat bising.
Mahfuz sebelum itu bangkit untuk mendapat kebenaran bertanyakan soalan tambahansewaktu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri SK Devamany menjawab soalan daripada Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) mengenai konsep TN50.
Sewaktu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany menjawab soalan daripada Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) mengenai konsep TN50, Mahfuz bersama dua lagi ahli Parlimen Pas bangkit menunggu giliran untuk mendapat kebenaran bertanyakan soalan tambahan.
Video ucapan Mohamad hari ketika pelancaran Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) baru-baru yang didakwa menggalakkan budaya samseng di kalangan ahli Umno kemudiannya menjadi tular di media sosial.
Hari ini, Bernama memetik menteri besar itu sebagai menafikan bahawa ucapannya bertujuan menggalakkan budaya samseng.
Sebaliknya, beliau berkata ia bertujuan menaikkan semangat jentera parti untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Bukan niat dan maksud saya menggalakkan budaya samseng dan keganasan… Saya cuma mahu menaikkan semangat Pemuda BN supaya bergerak untuk menggempur tempat-tempat dan memangkah atau menidakkan fitnah-fitnah. Bukan sampai bergaduh… Itu bukan cara kita.
“Saya banyak berkias dan ibaratkan terbalikkan meja… Maksud saya ialah gerakkan jentera dan Pemuda BN serta gempur tempat-tempat yang kita fikir ada isu yang perlu ditangani segera.
“Saya hendak mereka jangan duduk diam sahaja… Bergerak dan sanggah mereka… Itu maksud saya. Bukanlah secara fizikal terbalikkan meja,” katanya kepada pemberita di Seremban.
Mengulas lanjut, beliau memohon maaf jika ada pihak yang salah tafsir cakapnya.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.