`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 23, 2018

Abdul Azeez sahkan serbuan, SPRM rampas RM500,000

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun berkata wang tunai itu adalah untuk misi ke Palestin yang dirancang selepas PRU14.
Abdul Azeez Rahim berkata SPRM melakukan serbuan di kediamannya di Baling, Kedah dan Selangor serta pejabatnya Kuala Lumpur. (Gambar bernama)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu yang mengesahkan “kunjungan” SPRM ke kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta ke pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkata wang yang ditemui itu juga sebahagiannya adalah peruntukan bagi perbelanjaan Umno Bahagian Baling.
“Wang berkenaan adalah untuk perbelanjaan ke Gaza, Palestin yang dirancang diadakan selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lepas.
“Wang yang dirampas di Baling pula adalah milik Umno Bahagian Baling dan ia sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” kata Abdul Azeez ketika dihubungi Bernama.
Menurut Abdul Azeez, selain wang tunai, SPRM turut merampas jam serta pelbagai mata wang asing.
“Anggota SPRM bekerja secara profesional dan saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalankan siasatan,” katanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai pemeriksaan berkenaan dan rampasan keseluruhan RM500,000 diperoleh dari 3 lokasi yang diperiksa.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud turut mengesahkan pemeriksaan dibuat di kediaman Abdul Azeez di Taman Bemban, Kupang dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di Batu 42, Pulai malam tadi.
Bagaimanapun katanya, maklumat lanjut mengenai kes yang disiasat perlu dirujuk kepada SPRM Putrajaya kerana dikendalikan oleh ibu pejabat dan SPRM negeri sekadar membantu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.